Limit Seminggu Cuma 2 Oven


Oleh kerana terbatas dengan perniagaan lain. Saya cuma dapat uruskan tempahan untuk 2 buah oven sahaja untuk 1 minggu. Ini kerana, setelah berpindah rumah baru. Ruangan simpanan oven semakin kecil (sebenarnya tiada langsung). Oleh itu, Oven cuma dapat disimpan di belakang Hilux saya.

Oleh itu, bagi setiap tempahan saya akan bagi minggu bila untuk buat bayaran dan penghantaran. Ini sekiranya bayaran dibuat lewat dari tarikh ditetapkan, saya akan buka pada pelanggan lain.

Nak raya ni. Kena tempah awal Oven Kek Lapis Sarawak sebab bila nak masuk bulan 4 nanti. Kilang dah tak nak ambil booking customade. Oven biasa sahaja akan dikeluarkan.

Tempahan awal untuk elakkan kelewatan pada pengeposan.

 Hubungi 0172140664 untuk maklumat lanjut.

Tempahan Loyang Khas



Permasalahan untuk pelanggan saya adalah untuk mendapatkan loyang pada saiz yang diperlukan. Biasanya loyang standard adalah pada 3inci. Loyang standard kek lapis pula antara 3inci - 3.5inci

Ada juga yang nak 4inci seperti pelanggan saya ini. Mereka nak 4inci (ini adalah tempahan dari pelajar Politeknik di Perak). Kilang dengan berbesar hati untuk siapkan loyang 8x8 tinggi 4inci.

Service terbaik dari kilang dan cepat siap. Asal payment cepat, kilang pun buat cepat.

Sekiranya anda inginkan loyang seperti ini. Boleh hubungi 0172140664 untuk maklumat lanjut.





16 Jun 2016 Last Terima Tempahan


Sama seperti tahun lepas. Tak jauh cuti umum Hari Gawai Dayak dan bulan puasa. Oleh sebab cuti umum, maka, terdapat satu tempoh cuti yang agak panjang dan secara tak langsung berlaku kelewatan pada penghantaran Oven Kek Lapis Sarawak.

Produk-produk Sarawak paling banyak sekali dieksport keluar dalam tempoh ini. Tikar, Oven, Kek, Pakaian, Kain. Walaupun kurier untung banyak, tapi dalam masa yang sama, tiap-tiap hari kargo dia exceed maksimum.

Oleh sebab itu, untuk elak kelewatan. Anda perlu buat pesanan selewat-lewatnya 16 Jun 2016, kalau lebih dari tu, saya tak dapat nak tolong lagi. Sebabnya takut nanti tak sempat nak guna sebelum raya.

Biasanya, waktu ini, tempoh waktu penghantaran akan meningkat dari 5 - 7 hari bekerjam boleh mencecah 10 hari bekerja. Oleh itu, pembelian awal adalah digalakkan. Saya dah letih bergaduh dengan syarikat kurier dan dalam masa yang sama menyabarkan pelanggan.

So, tempahan oven kek lapis sarawak boleh buat sekarang ye. Jangan terlambat.

Penghantaran Indonesia ke Malaysia

Lama saya tak kemaskini blog. Mana tak nya sibuk dengan pelbagai urusan. Sebab sekarang ni bisnes Freshcare ni dah macam menghantui diri saya. Sampai mimpi-mimpi lagi.

Boleh dikatakan sepanjang masa pasti ada SMS/Whatsapp/Inbox untuk tanyakan Freshcare. Tak kurang juga daripada mereka yang perlukan perkhidmatan saya untuk bawa barang dari Indonesia ke Malaysia pada kos yang minimum.

Paling terbaru job saya setelkan minggu ini adalah membawa masuk Cincau dalam bentuk tepung dan dihantar ke Penang. 100 kg! Pertama kali saya dapat urusan untuk seberat ini.


Ada 4 guni semuanya. Bila dah total timbang jadi 101 kg pula. 4 guni dibahagikan sama rata. Seitap guni 25kg. Kalau guna bas memang tak lepas ni. Jadi, saya gunakan laluan Pontianak - Serikin. Saya perlu mengupah kereta penghantar. Caj pula adalah subjektif. Tak tak dapat nak fix. Sebabnya ia melibat ruangan juga.

Syukur, barang selamat sampai di Pontianak dan dihantar terus kepada saya pada hari Sabtu. Lepas rundingan harga (biasalah, ini melibat pihak lain. Kita kena runding kos dan upah ni saya dah fix dah. Senang sikit kalau kita dah tetapkan upah. Baru orang semangat nak tolong kita nanti).

Sebenarnya saya tak tahu pun cincau ni diperbuat daripada daun. Saya ingatkan daripada akar kayu lepas tu amik air nye dan masak jadi agar-agar. Ilmu baru ni. Magicnya daun cincau ni, air dia tu kalau dah sejuk dia akan mengeras untuk menjadi agar-agar. Bau pun wangi. Sebab saya simpan dalam rumah sementara tunggu Isnin untuk penghantaran.


Ini video yang saya jumpa.


Tapi anda tak payah nak susah-susah cari daun cincau pulak. Beli je dari customer saya ni. Hubungi 0172140664 untuk dapatkan nombor pelanggan saya ni. Sebab dia cakap, dia buat pakej dan siap ajar lagi cara nak buat cincau.

Baik buat sendiri kan. Bersih pun bersihkan.

Alhamdulillah, dah sampai pun barangnya hari ini. Hantar 7hb dan sampai 10hb. Semua selamat.



p.s : tauke penghantaran ini terkejut, banyak tanya pulak Mana u dapat ini daun, macam mana u cari. Cincau makan itu ka. Macam-macam soalan. Sebab, saya ni satu-satunya customer yang hantar pelbagai produk yang tak disangka-sangka melalui syarikat dia.

Harga Oven Kek Lapis Dinaikkan

Dah lama saya tak update blog ini sebab sibuk dengan perniagaan. Tiap-tiap minggu tanpa masa untuk keluarga. Jadi bila ada masa terluang, pasti kena luangkan masa bersama keluarga.

Pelanggan beli bermula dari bulan Disember hari tu pasti dapati harga dah berubah sedikit. Saya terpaksa naikkan harga sedikit bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada anda.

Ini kerana, adalah tidak berbaloi anda nak jimatkan RM50, tetapi terpaksa menanggung kos yang lain yang agak tinggi. Saya cuba sebaik mungkin untuk menyerap harga dari segi kos penghantaran yang dah meningkat dan tentunya berat Oven Kek Lapis Sarawak sendiri telah meningkat kerana cara packing yang baru.

Saya telah memilih untuk memasang bingkai kayu disekeliling Oven Kek Lapis Sarawak bagi memastikan oven dalam keadaan baik bila tiba kepada pelanggan. Ini kerana saya dapati, dah banyak tempat-tempat lain mendapat kesan yang sama dari segi handling.

Ada yang bijak hantar aduan kepada penghantar dan pihak penghantar pula menasihati saya untuk membalut lebih tebal. Sepatutnya pihak agen di sana yang lebih peka. Saya dah lekat pelbagai amaran agar kiriman dijaga dengan baik.

Oleh itu, saya terpaksa naikkan harga dan letak kayu untuk memasti oven dalam keadaan baik dan tidak kemek.

Sekiranya anda inginkan oven atau Freshcare boleh hubungi 0172140664.

Penangan Freshcare Borong

Tak sangka Freshcare betul-betul memberi kesan kepada saya dan keluarga. Sejak berkecimpung dalam jualan Freshcare ni. Boleh dikatakan sepanjang minggu sibuk. Jadual harian menjadi padat sampaikan saya nak update blog pun tak sempat.

Setiap hari ada saja pelanggan baru yang bertanyakan tentang Freshcare, Safecare, Javaspa, Aromatic dan VFresh (ini kurang sikit orang tanya). Belum lagi repeat customer yang perlukan pendapat dan nasihat dalam membuat promosi.

Saya membayangkan mungkin Freshcare ini akan jadi tepu seperti produk-produk yang lain. Tapi nampaknya dah semakin meluas dan ditahap semakin mendapat sambutan. Ramai peniaga-peniaga baru tumbuh nak cuba menjual Freshcare.

Minggu ini saya agak selesa sedikit sebab tiada stock semula bermula minggu ini sehingga 4 Desember 2015. Saya akan tambahkan stock pada 5 Disember 2015. Ini kerana terpaksa berehat sebentar disamping ada kerja lain yang perlu diselesaikan.

Rezeki untuk khidmat penghantaran produk daripada Indonesia pun semakin rancak. Sudah ramai pengimport memilih perkhidmatan saya sebabkan halangan dan kos penghantaran antarabangsa lebih mahal dan belum lagi kira peraturan yang ketat.

Saya sendiri tersangkut untuk hantar barang ke Singapore. Nasib ada adik ipar di JB, beliau dilantik sebagai perantara untuk pelanggan Singapore pickup barang. Boleh fikirkan untuk perkhidmatan bawa masuk produk ke Singapore tapi tak tahu jalan tikus (eh ada ke?)


Untuk perkhidmatan pembelian oven. Saya terpaksa naikkan harga dan dalam masa sama. Peraturan saya ketatkan sikit. Pembayaran hendaklah pada hari Rabu selewatnya. Ini kerana, saya perlu pastikan pembekal dapat sediakan Bingkai Kayu (bingkai ni mestilah ringat tapi kuat). Kalau bayar lewat. Pembekal boleh sediakan Bingkai Kayu. Tapi mungkin dia terpaksa gunakan kayu apa yang ada sebab susah nak cari bila dia dah sampai di sempadan. Masalahnya bila dia sediakan kayu buat rumah. Punyalah berat. Kos penghantaran jadi mahal. Sampai pernah saya kira sedekah oven je kot. Sebab tak ada untung langsung. Kos penghantaran naik mendapat. Sekali makan profit. Hadoi. Siapa meniaga nak rugi kan? Jadi, kalau bayar lewat saya akan tolak atau tunggu batch baru.

Belian dari Kartikasari.com

Ada seorang Sis Whatsapp saya untuk belikan dari KartikaSari. Ini pertama kali saya dengar tentang KartikaSari. Mungkin mereka yang biasa ke Bandung tahu pasal ini. Sebab saya biasa ke Pontianak je. Itu pun makan Bakso.

Lepas tu, barulah saya Google pasal KartikaSari ni. Sebuah Empayar rupanya. Ramai blog puji betapa sedapnya Brownies nya. Apa yang pasti, Kek Lapis Indonesia memang lebih sedap dan cantik. Sebabnya, kalau nak tahu, walaupun di kampung-kampung. Kek Lapis Indonesia lebih nipis-nipis. Memang teliti diorang buat walaupun sesetengah daerah tu harga telur teramat-amat mahal. Raya punya pasal, mesti buat.

Kembali ke KartikaSari. Tak hairanlah ada yang sanggup beli online dan dihantar. Dari laman web rasmi pun dah beritahu yang ada penghantaran ke Singapura dan Malaysia.

Harga saya tengok rata-rata masih standard dan murah. Contoh Brownies Kukus ni. Harga lebih kurang RM12.60. Ini ikut tukaran di Westermn Union.

So, saya try la shopping sikit-sikit barang-barang lain. Nak tengok berapa kos hantar ke Malaysia.

Dia ada tulis ketahanan di web ni. Terpaksa pilih yang tahan 7 hari atau lebih.

Lepas dpat total belanja Rp. 253,500 = RM75.16

Ini pilihan kurier. Yang akan dipilih saya ialah Luar Negeri dan JNE YES. Sebab nak cepat kan. Kalau ke Malaysia mahal sangat. Saya try calculate cost ke Pontianak dulu, lepas tu, terus kirimkan guna bas ke Kuching, Sarawak.

Kos Pos direct ke Malaysia RM370.00. Ok lah kot sebab saya order barang ringan-ringan je. Murah je.

Kalau ke Pontianak pulak kita try kira.



Kalau hantar ke Pontianak cuma RM18.99 saje. Murahnya. Tapi tak lah kos yang tu sebab ada kos lain yang perlu di bayar. Sebab saya gunakan servis agen saya. Dia akan uruskan semunya.

Upah Agen = Rp.200,000 - Rp. 300,000 (Bergantung pada berat item)
Tambang Bas = RM50/parcel (Bergantung pada saiz juga)
Upah saya = RM50 min. (atau bergantung pada saiz barang)
Kos Penghantaran ke Destinasi dalam Malaysia = RM10/kg atau Kos Poslaju + Handling RM10 (Kos  repack Poslaju)

Sebab item ini kecil. Jumlah Perlu Bayar ialah;

Upah Agen = RM60 (Rp.200,000)
Tambang Bas = RM50
Upah Saya = RM50
Kos Pos = RM50 ke bawah (sebab item ni ringan je. Maybe bawah 3kg)

Total RM210

Bilangan hari Sampai?

Saya andaikan dari Bandung dihantar pada hari Isnin.

Isnin - Bandung
Selasa - Pontianak (Malam hantar guna bas)
Rabu - Sampai Kuching, Sarawak. Pos guna Poslaju
Khamis - Mungkin sampai ke Destinasi kalau Poslaju - Laju
Akhir-akhirnya lambat je Poslaju.

Jadi, kos ini taklah akan jadi murah sampai RM50 je compare dengan actual. Sebab ada juga yang mesej saya. Minta quote harga. Dia fikir guna laluan sempadan ni lebih murah tu maksudnya. Dari bayar RM600 kos pos. Dia boleh bayar cuma RM100 je. Aduh, tak cukup nak bayar upah mereka-mereka yang menjayakan proses ini.

Kalau sesiapa nak order dari KartikaSari kita boleh cuba ye. Hope KartikaSari tak lewat, JNE tak lewat, Bas tidak lewat, dan Poslaju tidak lewat. Kalau lewat, habis lah makanan kita tu. Sebab saya pun nak selit order kalau sesiapa nak beli. =)